Search

Sunday, August 10, 2008

High Profit in Gold Saving ( Investment)

High Profit in Gold Saving ( Investment)

Peluang untuk menyimpan dalam EMAS dan menganggapnya sebagai Pelaburan. Tahukah anda, menyimpan dalam EMAS lebih

menguntungkan berbanding simpanan biasa, simpanan dalam Amanah Saham atau kebanyakan Murtual Fund. Dan simpanan dalam Emas

dijamin Halal kerana keuntungan kita bukan atas faktor diniagakan, tetapi kenaikan harga emas di dunia.

Pada waktu artikel ini ditulis (10 Ogos 2008), harga emas semasa adalah US$ 855.50/ Oz, baru turun dari US$950 / oz dari

penghujung Julai 2008. (1 Oz = 28 gm). Dan pada tarikh yang sama , 10 Ogos 2007 bersamaan USD $ 670.4 / Oz. Ini bermakna,

peningkatan dalam 28% dalam tempoh setahun. Cuba bandingkan dengan mana-mana Murtual fund, Amanah Saham... Tentu kita semua

faham bahawa risiko untuk kerugian jangka panjang (harga emas turun) amatlah minimum.

Sejarah harga EMAS:
10 Ogos 2004 = 395.4
10 Ogos 2005 = 445.2 => meningkat 13% dr thn sebelumnya
10 Ogos 2006 = 640.3 => meningkat 44% dr thn sebelumnya
10 Ogos 2007 = 670.4 => meningkat 5% dr thn sebelumnya
10 Ogos 2008 = 855.5 => meningkat 28% dr thn sebelumnya

**semua harga di atas adalah USD$ / oz

Cuba lihat sejarah 5 tahun harga emas (purata keuntungan 22.5% setahun). Harga emas tidak pernah turun, dan harganya sentiasa

naik. Ini membuktikan, sekiranya kita merancang untuk menyimpan duit dalam jangka panjang, menyimpan dalam Simpanan Emas

adalah lebih baik.

Kita juga ketahui, disebabkan ini hanyalah simpanan semata-mata tanpa mendapat interest , maka wang kita bebas dari riba.

Kita juga bukan melabur dalam perniagaan( seperti amanah saham atau Murtual fund), tetapi hanya membeli emas. Maka kita tidak

perlu ragu-ragu keuntungan kita adalah dari sumber-sumber haram. Keuntungan kita semata-mata dari harga emas yang sentiasa

meningkat.

Bagaimana untuk menyimpan?

1. Untuk orang kelantan, bolehlah menyimpan dalam Dinar Emas.
2. Untuk orang luar kelantan, bolehlah menyimpan dengan membeli Kijang Emas atau Maybank Gold Saving Passbook Account. Itu

untuk Maybank, untuk bank-bank lain saya tidak pasti produk mereka untuk menyimpan dan melabur dalam emas.
3. Beli Emas dan Simpan atau jadikan perhiasan.

8 comments:

Anonymous said...

salam....bang...
bulih jugak invest dalam takafulink punya takaful saver...
ya lar kalau concern nya riba & gharar...
buat saver bulan bulan atau pun terus buat single top-up

85 Territories said...

Salam,
1. Concern pasal riba & gharar
2. Dlm masa yang sama, kita kena mahukan pulangan terbaik. Berapa % pulangan setahun takafulink boleh berikan? EMAS boleh berikan purata 23% setahun. Tapi jangan lupa bayar zakat :D :D

Anonymous said...

wassalam....

terima kasih atas kesudian menjawab komen...saya pun budak baru belajar...

pertama, kalau pot of gold bukanlah syariah compliance...( refer to thread in serita bisnes & iklan di sabahan.net)...POT OF GOLD...yg tu prudential latest investment baby PRUCASH PREMIER...

1. Takafulink pulak ILP adalah produk berkonsepkan syariah dan 100% bebas dari 3 unsur yg terdapat dalam konvensional polisi prudential yg dikenali sebagai prulink - gharar, maisir & riba...semua ni teda...

2. Prudential Bsn Takaful ni dalam pasaran genap 2 tahun pd 08.08.08 dan rekod pulangan dalam dana ekuiti seperti yang diumumkan baru2 ni = 33%, dana urus = 22%...alhamdulillah lebih tinggi dibandingkan dengan illustrasi yang dicatatkan dalam quotation kami ( ikut compliance bank negara ). Dalam quotation kami letak 9% - ekuiti, 8% - urus...surplus sharing tidak boleh mention sebab tgk performance bonus..non guaranteed. Tapi setakat tahun lepas, mana mana client yang dulunya buat takaful saver setakat minimum amount, tahun ni dah start buat top up, buat single contribution sekali sebab pulangan lagi tinggi ( belum plus bonus)...

3. Takafulink ni produk IL namun kalau kita fokus lebih kepada investmest, digalakkan untuk tidak campur adukkan dgn protection terlalu banyak...sebab bila protection tu nak letak mcm mcm rider, rider ni yg byk tolak kos2...jadinya kita punya portion of investment pun tinggal sikit....unless memang budget lebih dan mahu buat attachment as equal or more on investment tu...
tapi apa apa pun, kalau mau buat single contribution aka takaful saver jak, kami attach dengan sum assured jugak to protect...the rest of the money semua masuk kepada kita punya investment akaun..

Beza kalau kita ambil konvensional, which is sama produk tapi adalah auto premium loan, premium holiday lah apa semua...benda2 ni lah yg sebenarnya akan menganggu sedikit cash value yg kita kumpul atas sebab2 tertentu contohnya :

1. kita lambat bayar premium...
2. lapse...dan benda2 ni kita kena charge interest !

kalau takafulink, tiada semua tu...cuma kalau kita tak bayar sampai hampir lapse, unit2 yang kita ada di cancel sedikit demi sedikit berdasarkan nilai yg kita ada utk cover balik kos - kos rider2 tu..at least client nda lah sampai nda dapat claim...cumanya, sayanglah kan kita kacau cash value kita...

emas ni saya pun nda tahu sgt...maklumlah...harga emas tu mmg tahulah..turun naiknya..hahaha...
sekarang ni masih tgh menimba ilmu perancangan kewangan, dan insya allah perancangan kewangan islam..pasal nda pandailah mau menimba ilmu dan kalau ada yg sudi berkongsi ilmu, sudi2 lah sedekahkan ilmu tu...hehehe...

85 Territories said...

Salam,
terima kasih atas komen anda.
Pot Of Gold, maaf saya tidak tahu menahu ttg produk tersebut.
Artikel saya ini bukanlah mengenai mana2 produk. Tetapi, mengenai emas.
Yang perlu dilakukan adalah kita hanya perlu beli EMAS, contoh mcm beli gelang emas. Contoh lain beli Dinar Emas. Bukan kita niagakan emas tersebut. Kita simpan sahaja selama 1 thn, dan harganya meningkat. Dlm contoh saya dlm artikel ini.. peningkatan sehingga 44% setahun.

Untuk ini, perlukah kita penasihat dan pengiktirafan "syariah compliance" untuk ini? Kalau perlu, rasanya ramai yg smpan emas di rumah tu sebagai perhiasan.. apa jadi dgn mereka?

Anonymous said...

salam...bertemu kembali...

harap abg/ kakak memahami...refer kembali kpd post comment saya yg bertarikh 12/08 01:57am...

saya hanyalah mengesyorkan pilihan pelaburan. Saya faham, emas adalah satu cth pelaburan yg bagus, tetapi saya hanya mengesyorkan alternatif selain emas boleh jugak melabur dalam dana2 islamic yang linked dengan takaful( kalaulah ada yg sangat2 menitik beratkan hal2 berkaitan dengan unsur gharar & riba ).Itupun kalau mahu mengetahuinya...

Kalau tidak kisah, maka ada pilihan lain seperti melabur dalam produk prulink..( konvensional )..

Mungkin ada sesetengah kita takut berdepan dengan risiko, ada yang tidak. Apa2 pun bergantung kpd pelanggan balik sejauh mana mereka boleh tolerate dengan risiko. Kita sebagai perancang kewangan hanya boleh beri suggestion yg kita rasakan terbaik, selebihnya diaorg yang pilih...

Pendek kata, kita sediakan solution berdasarkan kehendak pelanggan dan kebolehterimaan toleransi risiko mereka dalam apa jua bentuk pelaburan yg ada di pasaran.

Makin tinggi pulangan, maka tinggilah risikonya...kan??

saya cuma berikan suggestion andaikata mahukan pilihan.

rujuk post comment d' bawa by you tarikh 13/08 - menyatakan pulangan yg emas boleh berikan setahun.

saya berikan pulak bagaimana takafulink - dana ekuiti memberikan pulangan lebih 33% dan dana urus 22- 24%..non guaranteed tapi itu adalah performance takafulink tahun 2007..itu belum masuk surplus sharing sebenarnya...

so, just balik kepada pilihan yg kita ada...melabur dalam bentuk emas pun bagus jugak, tapi takafulink pun tak kurang hebat sebabnya saving kita dilindungi sepenuhnya oleh rider takaful yg akan memastikan saving kita tidak terusik malah masih terus dibayar oleh pihak takaful prudentialbsn andainya kita diserang penyakit kritikal atau hilang upaya kekal..simpanan percuma, tabung penyakit dikhaskan ( pendekata tak akan mengusik simpanan kita )...nak keluarkan pun boleh, tak nak pun lagi bagus sebab tabung penyakit minimum pun 150k...bukankah bagus tu?

apa yg saya faham, mmg emas menjamin keuntungan yg banyak cuma kalau kita ada musibah kemudian hari, terpaksalah emas ni digadaikan...sayang tu...!!

oh ya...cerita pasal emas ni saya mmg sgt2 tidak arif...kalau saya beli emas, tapi setakat beberapa urat gelang...dan tidak pakai di tubuh saya, sebaliknya simpan saja...perlukan saya bayar zakat?
dan kalau saya beli banyak2 tapi semuanya saya pakai di tubuh...masihkah saya perlu bayar zakat emas tu?

tolong..leraikan kekeliruan saya..sebab saya dengar dari my mum...yelah, dulu2 saya tidak ambil tahu apa pun pasal perancangan kewangan, pelaburanlah apalah......sudah tua bangka baru sibuk mahu belajar...hehehe...

85 Territories said...

Salam,
Terima kasih atas respon anda. Oh yeah.. sebelum membawa kekeliruan, saya ingin maklumkan bhw D'bawa by you dan 85 territories adalah org yg sama.

Kesimpulan perbincangan kita, kita banyak pilihan di pasaran. Maka masing2lah kita dan pembaca membuat pilihan terbaik untuk kita.

Mengenai zakat emas pula, rasanya untuk lebih faham bolehlah rujuk :
http://www.zakatsel.com.my/k%20zakat/jenis%20zakat-emas%20dan%20perak.asp
atau
http://www.zakatsel.com.my/k%20zakat/jenis%20zakat-emas%20dan%20perak.asp

Saya tidak mahu komen banyak2 pasal zakat takut tersilap pula.
Tetapi dari penerangan di atas, kalau emas kita tidak pakai itulah yg kena zakat. Kalau dijadikan pakaian, ada zakat juga tetapi selepas melebihi URUF. Kalau tidak melebihi URUF kenalah bayar zakat

Anonymous said...

wsalam...

thanks for the link...will look at it..saya kena serap info sebyk yg boleh....masa otak boleh terima..hehehe...by the way u r sabahan from which district?

stay in kl or still resided in kk ?

i tinggal dk,setapak...asal lok kawi, membesar d likas..kampung bantayan...

85 Territories said...

Salam,
saya kat KK ni. But esok pg nak ke KL outstation.. :)