Search

Monday, August 11, 2008

Kerja Kosong Polis Di Raja Malaysia

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONSTABEL
LELAKI POLIS DIRAJA MALAYSIA


1) JAWATAN - KONSTABEL (LELAKI)
RUJUKAN : FTMT 10/2008 DLM KPN(PR) 114/4

i) Jabatan : Polis Diraja Malaysia
ii)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
iii)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Polis

2) Gaji:

Pangkat

Peringkat Gaji (RM)

Elaun Khidmat (RM)

Elaun
Insentif PDRM (RM)

Elaun Perumahan (RM)

Pelatih

897.00

115.00

-

-

Konstabel

897.00 - 2,256.19

115.00

100.00

275.00


3) SYARAT LANTIKAN
3
.1 Warganegara Malaysia.
3
.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh tutup iklan.
3
.3 Kelayakan:
3
.3.1 Lulus SPM dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan).
ATAU;
3
.3.2 Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian
di dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata
pelajaran lain dalam satu
peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga
tahun berturut-turut.
3
.3.3 Calon-calon yang memiliki kelulusan yang lebih tinggi juga layak
memohon.

4) Pegawai Rendah Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Sokongan boleh memohon.
Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk maklumat lanjut.

5) TARAF JAWATAN
Taraf Jawatan adalah TETAP.

6) KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut:-
6.1 Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m;
6.2
Berat badan sekurang-kurangnya 50kg;
6.3 Ukuran lilitan dada biasa sekurang-kurangnya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas.
6.4
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

6.5
Tidak rabun warna dan pendengaran yang tidak cacat; DAN
6.6
Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

7) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Anggota yang memasuki Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel adalah tertakluk
kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-
pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

8) DISKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan
Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas. Diantara tugas-tugas tersebut
ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal,
mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi mengawal
perairan Negara, bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dikalangan rakyat dan Negara.


9) FAEDAH KERJA
Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:-

  • Kemudahan Perubatan Percuma.
  • Bayaran Insentif Wilayah.
  • Elaun Sara Hidup (COLA) RM 100.00 hingga RM 300.00.
  • Kemajuan Pangkat - Selepas 3 tahun berkhidmat dan disahkan dalam perkhidmatan layak dimajukan ke pangkat Lans Kopral.
    (Gaji permulaan RM 1,386.21)

10) CARA MEMOHON
10.1 Permohonan hendaklah menggunakan borang POLIS 262 (Pindaan 1/2006) yang boleh
didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran dan
juga daripada laman
web www.rmp.gov.my.
10
.2 Semua permohonan hendaklah disertakan dengan;
10.2.1 Salinan Kad Pengenalan pemohon dan Ibu Bapa;
10.2.2
Salinan sijil-sijil kelahiran Pemohon dan Ibu Bapa;
10.2.3
Salinan SPM/SRP/PMR
10.2.4
Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain Sijil Ko-Kurikulum/Sijil Perakuan
dan Sukan; DAN

10.2.5
Sijil-Sijil Lain yang berkaitan.
(Pastikan kesemua salinan-salinan sijil disahkan oleh Guru Besar/Pendaftar
Universiti/Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional)
10.3 Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua
Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.
10.4 HANYA BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI BESERTA KESEMUA DOKUMEN-
DOKUMEN DI PARA 10.2 SAHAJA YANG AKAN DIPROSES.
10.5 Permohonan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 23sm dan tuliskan
nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
10.6 Permohonan juga hendaklah disertakan satu sampul surat berukuran 22sm x 11sm
bersetem dan beralamat sendiri dan No. Rujukan Fail di sudut atas sebelah kiri sampul
surat.


11) TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada : 19 Ogos 2008

12) ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dihantar kepada:-

KETUA POLIS NEGARA
CAWANGAN PERJAWATAN
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR.

Tel: 0322626320/6315

Klik sini untuk muat turun borang pengambilan:

39398_Borang_pengambilan.pdf
39398_Borang_pengambilan.doc



PERHATIAN:-
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

No comments: