Search

Wednesday, October 29, 2008

Beras 15% Hancur: Tiada di pasaran Kota Kinabalu

Salam,
selepas hari raya ni, saya cuba mencari-cari beras (yang dikawal) 15% hancur.. (juga dikenali sebagai Beras Nasional). Tetapi tidak ada di jual di pasar-pasar besar Kota Kinabalu.

Memang tidak dinafikan, sebelum hari raya, berlambak beras itu di pasaran. Tetapi sekarang agak susah untuk mendapatkannya. Ini mungkin disebabkan, BERNAS (satu-satunya monopoli supplier beras di Malaysia), tidak lagi mengeluarkan beras terkawal tersebut.. kerana kurang untung.

Yang banyak di pasaran sekarang hanyalah beras 5% hancur yang tidak dikawal atau beras Siam. Pendek kata, beras-beras mahal saja bah.
Di mana janji-janji Menteri Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan beras 15% hancur sentiasa ada di pasaran?

Sekarang ini, harga beras di pasaran dunia telah turun. Tetapi kenapa harga beras di Malaysia tidak diturunkan. Untuk pengetahuan anda, hanya BERNAS sahaja yg dapat mengawal harga beras di Malaysia. Kerana BERNAS monopoli satu-satunya yang diberi permit import beras di Malaysia.

No comments: