Search

Showing posts with label gold. Show all posts
Showing posts with label gold. Show all posts

Sunday, August 10, 2008

High Profit in Gold Saving ( Investment)

High Profit in Gold Saving ( Investment)

Peluang untuk menyimpan dalam EMAS dan menganggapnya sebagai Pelaburan. Tahukah anda, menyimpan dalam EMAS lebih

menguntungkan berbanding simpanan biasa, simpanan dalam Amanah Saham atau kebanyakan Murtual Fund. Dan simpanan dalam Emas

dijamin Halal kerana keuntungan kita bukan atas faktor diniagakan, tetapi kenaikan harga emas di dunia.

Pada waktu artikel ini ditulis (10 Ogos 2008), harga emas semasa adalah US$ 855.50/ Oz, baru turun dari US$950 / oz dari

penghujung Julai 2008. (1 Oz = 28 gm). Dan pada tarikh yang sama , 10 Ogos 2007 bersamaan USD $ 670.4 / Oz. Ini bermakna,

peningkatan dalam 28% dalam tempoh setahun. Cuba bandingkan dengan mana-mana Murtual fund, Amanah Saham... Tentu kita semua

faham bahawa risiko untuk kerugian jangka panjang (harga emas turun) amatlah minimum.

Sejarah harga EMAS:
10 Ogos 2004 = 395.4
10 Ogos 2005 = 445.2 => meningkat 13% dr thn sebelumnya
10 Ogos 2006 = 640.3 => meningkat 44% dr thn sebelumnya
10 Ogos 2007 = 670.4 => meningkat 5% dr thn sebelumnya
10 Ogos 2008 = 855.5 => meningkat 28% dr thn sebelumnya

**semua harga di atas adalah USD$ / oz

Cuba lihat sejarah 5 tahun harga emas (purata keuntungan 22.5% setahun). Harga emas tidak pernah turun, dan harganya sentiasa

naik. Ini membuktikan, sekiranya kita merancang untuk menyimpan duit dalam jangka panjang, menyimpan dalam Simpanan Emas

adalah lebih baik.

Kita juga ketahui, disebabkan ini hanyalah simpanan semata-mata tanpa mendapat interest , maka wang kita bebas dari riba.

Kita juga bukan melabur dalam perniagaan( seperti amanah saham atau Murtual fund), tetapi hanya membeli emas. Maka kita tidak

perlu ragu-ragu keuntungan kita adalah dari sumber-sumber haram. Keuntungan kita semata-mata dari harga emas yang sentiasa

meningkat.

Bagaimana untuk menyimpan?

1. Untuk orang kelantan, bolehlah menyimpan dalam Dinar Emas.
2. Untuk orang luar kelantan, bolehlah menyimpan dengan membeli Kijang Emas atau Maybank Gold Saving Passbook Account. Itu

untuk Maybank, untuk bank-bank lain saya tidak pasti produk mereka untuk menyimpan dan melabur dalam emas.
3. Beli Emas dan Simpan atau jadikan perhiasan.