Search

Tuesday, July 29, 2008

Soalan Lazim : Pembayaran Subsidi Petrol Kenderaan Persendirian

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembayaran Subsidi Petrol Kenderaan Persendirian (PSPKP)?
Dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga runcit petrol dan diesel di pasaran dunia, kerajaan bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian, termasuk motosikal yang layak.

2. Siapakah yang boleh membuat tuntutan?
Pemilik kenderaan persendirian berdaftar sahaja. Pemilik kenderaan dikehendaki hadir sendiri untuk membuat tuntutan.

3. Bagaimanakan cara pembayaran dibuat?
Tunai kepada pemilik kenderaan sahaja.

4. Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk dibuat tuntutan?
Kad Pengenalan Baru/ Kad Tentera / Kad Polis sahaja

5. Perlukah saya mengisi borang untuk membuat tuntutan subsidi ini?
Anda perlu mengisi borang yang disediakan dengan maklumat berikut :
a. Nama Pemilik Kenderaan yang menuntut
b. Nombor Kad Pengenalan Baru / Kad Tentera / Kad Polis
c. Nombor Pendaftaran Kereta

6. Bagaimanakah proses subsidi dijalankan?
JPJ akan menghantar maklumat kelayakan pemilik ke Pos Malaysia. Tuntutan hanya akan dibayar setelah menerima pengesahan dari sistem JPJ.

7. Bagaimana saya hendak membuat tuntutan sekiranya pembaharuan cukai kereta di buat di JPJ atau melalui (online) MyEG?
Anda oleh membuat tuntutan subsidi di mana-mana Pejabat Pos di seluruh Malaysia.

8. Adakah sebarang komisen atau caj dikenakan di atas tuntutan ini kepada pemilik kenderaan?
Tiada.

9. Saya hendak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor hanya untuk 6 bulan sahaja. Adakah saya masih layak untuk menerima subsidi?
Pembayaran subsidi adalah untuk tempoh setahun walaupun pembaharuan LKM adalah setengah tahun. Pembaharuan LKM setengah tahun atau tahun berikutnya tidak layak dibayar subsidi.

10. Bilakah waktu urusniaga pejabat pos?
Waktu operasi pejabat pos adalah dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Sabtu*. Terdapat juga pejabat pos terpilih yang waktu operasinya dilanjutkan dan dibuka pada Sabtu Pertama dan Ahad.
*Kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kecuali Sabtu minggu pertama setiap bulan dan cuti umum.

11. Apakah talian bantuan yang boleh saya hubungi?
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian Posline 1 300 300 300 dari 8.30 pagi - 9.30 malam setiap Isnin hingga Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum) atau e-mel ke csc@pos.com.my atau layari www.pos.com.my

No comments: